Selamat Datang. Selamat belajar kepada semua. Belajarlah untuk menjadi orang berguna. Selamat membaca, semoga kita dirahmati selalu.
18 August 2010
Seorang pendidik
Seorang pendidik merupakan insan terpilih dalam membentuk masyarakat kini dan akan datang. Sesiapa yang diajar, ditegur, ditunjukkan, diubah, diarahkan, didampingi, disapa, disampaikan dan pelbagai lagi usahanya merupakan satu perjuangan tanpa batasan. Transformasi dari satu tahap ke tahap yang lain membentuk generasi berilmu dan berakhlak mulia. Personaliti dan karakter seorang pendidik terbentuk melalui pengetahuan, pengalaman dan corak pemikirannya. Kemanisan dalam pendidikan salah satunya bila melihat insan-insan berjaya dan menjadi golongan yang berguna dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Seorang pendidik telah dipilih melalui pelbagai peringkat pemilihan melalui ujian-ujian bertulis, temuduga, pemerhatian, dan peperiksaan-peperiksaan. Di samping itu, pendidik juga dari semasa ke semasa menghadiri latihan berbentuk fizikal dan mental, kursus-kursus peningkatan kemahiran dan sebagainya. Justeru itu tidak hairanlah bidang pendidikan menjadi keutamaan dalam menjana modal insan berkualiti pemangkin kesejahteraan masa depan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment