Tugas ini amat menarik walaupun memerlukan tenaga, masa, kos dan daya kreativiti dalam mengolah persekitaran yang memberi input terhadap peningkatan pencapaian pelajar. Sepanjang tahun tugas ini dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dibuat pada hujung tahun sebelum. Setiap panitia mata pelajaran mempunyai stesen pembelajaran masing-masing. Terdapat 10 stesen yang telah disediakan. 10 stesen pembelajaran ini merupakan lokasi bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai informasi berbentuk model, bahan, objek, tumbuhan, haiwan dan pelbagai benda. Lokasi tersebut terdapat di persekitaran sekolah. Tugas melengkapkan kawasan tersebut dengan informasi merupakan cabaran yang perlu ditempuhi dengan penuh komitmen. Bersyukurnya saya apabila ada di kalangan murid-murid dan guru yang sanggup bekerjasama. Kadang-kala penyediaan bahan memerlukan perancangan dan dibuat diluar waktu kerja. Apabila menjalankan aktiviti-aktiviti di atas, saya dapat meningkatkan pengetahuan melalui pembacaan, pencarian, lawatan, pertanyaan, pertukaran idea dan pendapat dan pelbagai lagi usaha. Sesungguhnya sekolah yang cemerlang mempunyai persekitaran yang berinformasi dan digunakan secara berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sehingga kini saya masih lagi mencari dan mengusahakan koleksi-koleksi bernilai untuk kebaikan pembaca dan pengguna. Moga usaha ini mendapat sokongan semua.
Projek terkini yang sedang diusahakan ialah pembangunan lanskap sekolah, projek kitar semula, penanaman pokok dan sudut informasi.
No comments:
Post a Comment