11 November 2010

Pengalamanku

Koleksi tugas-tugas dan pengalaman yang sangat bernilai bagiku. Saya gembira dengan pengalaman ini kerana semuanya menambah pengetahuan, kemahiran, kreativiti, keyakinan, kecekapan, daya tahan sebagai penggerak pembangunan modal insan untuk masa kini dan akan datang.
  1. Guru Sains  1997- kini
  2. Guru Matematik 1997-2000
  3. Guru PJK 1997- 2009
  4. Guru Pendidikan Seni 1997- 2010
  5. Guru Kajian Tempatan 2009
  6. Guru Bahasa Melayu 1998- 2002
  7. Setiausaha Kurikulum
  8. Setiausaha Ko Kurikulum
  9. Setiausaha Peperiksaan
  10. Setiausaha Sekolah
  11. Guru Data
  12. Guru Penyelaras Bilik Komputer (2005-2008)
  13. Ketua Panitia Pendidikan Alam Sekitar (1998- kini)
  14. Guru Kelab Komputer 2008- kini
  15. Guru Kelab Alam Sekitar
  16. Guru Tunas Puteri 1999-kini
  17. Guru Rumah Merah 1997- kini
  18. AJK Galeri Sejarah 2005
  19. AJK PIBG- Biro ICT - 2005-2010
  20. Guru Kelas 1997-2002, 2009- kini
  21. Penyelaras Program Pembelajaran Interaktif melalui internet (2006- kini)
  22. Pembangun Laman Web
  23. Jurugambar

Koleksi Penglibatanku.
  1. Pembangunan Stesen Pendidikan Alam Sekitar
  2. Pembangunan ICT
  3. Buku Profail Sekolah Siri 1
  4. CD Profail sekolah siri 1- 3
  5. VCD dan DVD sukan sekolah
  6. Projek Kitar Semula
  7. Bank soalan sains
  8. Kajian kemahiran ict murid dan pelajar
  9. Modul Pemantapan P&P Sains
  10. Panduan Penggunaan Program Pembelajaran Interaktif
  11. Sidang Redaksi Majalah

TRANSFORMASI MINDA

HARGAI ALAM SEKITAR
  1. Jimatkan penggunaan tenaga elektrik, gunakan bila perlu.
  2. Jimatkan penggunaan air.
  3. Tanam tumbuh-tumbuhan. Sejuk dan nyaman sekitar.
  4. Kurangkan pembuangan bahan. Guna semula, kitar semula,fikir dulu sebelum buang, dan rekacipta.
  5. Gunakan peralatan dengan cermat.

Pelbagai Spesies Bunga Raya

Saya suka mengambil gambar tumbuh-tumbuhan dan bunga. Lihatlah macam-macam warna. Setakat ini belum tahu nama sebenarnya. Sesiapa yang tahu boleh tolong saya.






Lagu Sekolah

Lagu SKIJCBahasa Melayu
TULUS IKHLAS AZAM BERBAKTI













Permai indahnya Sekolah Convent
Ku di Johor Bahru
Semoga ku taat setia
Kepada tradisinya

Ku menempuhi cabaran
Untuk nusa bangsa
Tulus ikhlas azam berbakti
Jadi panduanku

Walaupun ku jauh merantau
Convent di kenangkan
Masa di Convent yang gembira
Tetap dirindu jua

Wahai Convent Johor Bahru
Namamu terkenal
Kepada negaraku kau berjasa

Sekolah ku tercinta
Kepada negara ku kau Berjasa
Sekolah ku tercinta


Bahasa Inggeris
Here’s a
Rousing cheer
For our Convent dear
On fair Johor Bahru

May we be faithful to
every rule to each tradition true

Though weal or woe, we forward go
United great and small
“In virtue simple and duty strong”
Is the motto for us all
“In virtue simple and duty strong”
Is the motto for us all
Though far we roam our ancient home
Our thoughts will often stray
Back to these happy convent days
Where our hearts are warm and gay
We love each dear familiar room
And gaze with rightful pride
At our lofty building on the hill
Where Malaysian
Sunshine smiles
At our lofty building
On the hill
Where Malaysian
sunshine smiles


Lagu SK LKTP Sg. Koyan
ILMU SULUH HIDUP


Ilmu suluh hidup,
Cogankata warisan,
Pegangan putera-puteri,
Sekolah Kebangsaan Sungai Koyan,

Sama ada kejayaan,
Akademik dan sukan,
Ugama kebudayaan,
Lengkapi dirimu masa depan,

Di bawah naungan Darul Makmur,
Ilmu ibarat sebuah obor,
Semangat tak padam tak akan kabur,
Rasa muhibbah takkan luntur

Ilmu suluh hidup,
Cogankata warisan,
Pegangan putera-puteri,
Sekolah Kebangsaan Sungai Koyan.


              







"KEUNGGULAN TERBILANG"


Bersama kita menjulang
Keunggulan terbilang
Ke mercu jaya kita usaha
UTM puncak letaknya

Martabat keilmuan
Cendiakawan beriman
Cekal bersama takwa
Menara cita-cita

Kami anak kandung
UTM rimbun bernaung
Usaha kami bukti cintamu
Dikau persada ilmu
Keazaman, perjuangan
Takwa dan iman

Ke arah kecemerlangan
Perundingan, penulisan
Pengajaran penyelidikan
Perkhidmatan kepada watan
Di sini kami berdiri
Setia pada janji
Bermaruah berbudi bahasa
UTM sanjungan bangsa
UTM sanjungan bangsa






23 September 2010

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Bergambar beramai-ramai selepas jamuan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri.  Semoga ikatan persaudaraan ini kekal selamanya di bumi Malaysia yang merdeka dan bertuah ini.  Syukur kepada Tuhan yang Maha Berkuasa. Kebetulan juga 16 September merupakan Sambutan Hari Malaysia.

30 August 2010

Mari Bersyukur

Petang yang mendung, aman dan damai. Disulami angin merdu dengan siulan burung. Ketenangan dari anugerah Ilahi. Dedaun hijau yang menyegarkan, sentiasa berbakti memberi oksigen. Memberi nafas lega kepada hidupan. Bersyukurnya mendapat anugerah dari yang maha berkuasa. Di mana pun kita berada, hargailah ciptaan itu.

Moto Dalam Hidup Saya

Ilmu Suluh Hidup
Ke Arah Kecemerlangan
Sabar Usaha Jaya
Ke Arah Kearifan
Berilmu Beramal Berakhlak
Kerana Tuhan Untuk Manusia
Tulus Ikhlas Azam Berbakti

29 August 2010

Sekolah Kluster Kecemerlangan Kumpulan Pertama















Sebuah sekolah yang mempunyai senibina unik bermula era 1920an (1926). Hasil tinggalan penjajah. Masih berfungsi sehingga kini sebagai suatu institusi ilmu yang banyak berbakti kepada negara.  Tetap unggul dan cemerlang. Walaupun telah berlalu zaman penjajahan British dan Jepun. Masih digunakan sebagai pembentuk hasrat 1Malaysia. '1Malaysia Menjana Transformasi'

18 August 2010

Peranan Ketua Panitia Pendidikan Alam Sekitar

Tugas ini amat menarik walaupun memerlukan tenaga, masa, kos dan daya kreativiti dalam mengolah persekitaran yang memberi input terhadap peningkatan pencapaian pelajar.  Sepanjang tahun tugas ini dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dibuat pada hujung tahun sebelum. Setiap panitia mata pelajaran mempunyai stesen pembelajaran masing-masing. Terdapat 10 stesen yang telah disediakan. 10 stesen pembelajaran ini merupakan lokasi bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Terdapat pelbagai informasi berbentuk model, bahan, objek, tumbuhan, haiwan dan pelbagai benda. Lokasi tersebut terdapat di persekitaran sekolah. Tugas melengkapkan kawasan tersebut dengan informasi merupakan cabaran yang perlu ditempuhi dengan penuh komitmen. Bersyukurnya saya apabila ada di kalangan murid-murid dan guru yang sanggup bekerjasama. Kadang-kala penyediaan bahan memerlukan perancangan dan dibuat diluar waktu kerja.  Apabila menjalankan aktiviti-aktiviti di atas, saya dapat meningkatkan pengetahuan melalui pembacaan, pencarian, lawatan, pertanyaan, pertukaran idea dan pendapat dan pelbagai lagi usaha. Sesungguhnya sekolah yang cemerlang mempunyai persekitaran yang berinformasi dan digunakan secara berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Sehingga kini saya masih lagi mencari dan mengusahakan koleksi-koleksi bernilai untuk kebaikan pembaca dan pengguna. Moga usaha ini mendapat sokongan semua.

Projek terkini yang sedang diusahakan ialah pembangunan lanskap sekolah, projek kitar semula,  penanaman pokok dan sudut informasi.

Seorang pendidik

Seorang pendidik merupakan insan terpilih dalam membentuk masyarakat kini dan akan datang.  Sesiapa yang diajar, ditegur, ditunjukkan, diubah, diarahkan, didampingi, disapa, disampaikan dan pelbagai lagi usahanya merupakan satu perjuangan tanpa batasan. Transformasi dari satu tahap ke tahap yang lain membentuk generasi berilmu dan berakhlak mulia. Personaliti dan karakter seorang pendidik terbentuk melalui pengetahuan, pengalaman dan  corak pemikirannya. Kemanisan dalam pendidikan salah satunya bila melihat insan-insan berjaya dan menjadi golongan yang berguna dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.  Seorang pendidik telah dipilih melalui pelbagai peringkat pemilihan melalui ujian-ujian bertulis, temuduga, pemerhatian, dan peperiksaan-peperiksaan.  Di samping itu, pendidik juga dari semasa ke semasa menghadiri latihan berbentuk fizikal dan mental, kursus-kursus peningkatan kemahiran dan sebagainya. Justeru itu tidak hairanlah bidang pendidikan menjadi keutamaan dalam menjana modal insan berkualiti pemangkin kesejahteraan masa depan.

Cintai Alam Sekitar

Alam Sekitar perlulah dihayati dan dihargai sebagai ciptaan Tuhan yang amat bernilai. Kini manusia telah menerima pelbagai musibah akibat sikap manusia yang tak menghargai alam. Lihatlah banjir besar di sana sini, tsunami, tanah runtuh, gempa bumi, dan banyak lagi. Sebagai manusia yang masih bernyawa, apakah peranan kita? Marilah bersama-sama memelihara alam. Sekurang-kurangnya amalkan amalan guna semula, kurangkan pencemaran, dan kitar semula. Jangan lupa jimatkan juga penggunaan tenaga terutama ketika menggunakan elektrik dan air.. Walaupun usaha kita kecil, tapi jika dilakukan berterusan, kita telah menjadi sebahagian daripada mereka yang peka dan sayangkan alam. Semoga kita berada dalam dunia yang aman damai dan selesa sentiasa.

07 August 2010

Sains Menyeronokkan

Ya, sudah tentu seronok belajar sains. Mana tak ye dengan sains kita boleh mengenali alam sekitar kita. Sains dapat membantu menyelesaikan masalah.

Sains mengajar kita menghargai apa yang kita perolehi. Kita juga patut bersyukur kerana kita berana di Bumi yang amat bertuah... Apa pula pandangan anda tentang Sains.